Sunday, May 1, 2011

orang tak tau lagi...

salam semua....

nampaknya time cuti-cuti macam nih memang banyak la kenduri kawen sana-sini kan.. semalam ade dua jemputan kat penang & johor. tapi dapat attend satu jer. hari ini saja ade lagik dua.. can't make it coz satu kat ipoh & satu kat penang..

okeh.. leh di katakan setiap hari mak aku call pasal perkara kat bawah...

"apa kale tema?"
"doorgift nak bagi apa?beli la sikit-sikit"
"nanti balik ikot mak p kedai bla..bla.. "
"nanti serah lang & mak ndak setel part dapoq"
etc...

dear mak...
"orang xtau lagi nk kale apa"
"doorgift da ada plan dah..tinggai nak p tanya kedai tu ja.dia leh buat ka dak"
"nnt balik la orang p kalau dan"
"ok..nanti mintak depa la masak"


"tukang mekap da ada yang berkenan dah. nanti p kompem ja kat dia"
"nak lukih peta pon jalan kat pekan tu dah siap ka?"


selama ni aku ingatkan senang nk tetapkan kaler tema.. susah jugak nak pilih.. nk match dengan kaler kulit lagi. so jalan yang aku ambik adalah :

pergi sahaja kedai pengantin tu and pilih yg mana lawa n sesuai...
tapi mak kata kedai tu leh buat baju baru. tengok lah dulu..

sampai sekarang berat aku xturun-turun.. nak kata makan banyak, aku makan half dari portion yg aku makan hari-hari tahun lepas. metabolism rendah merendang betoi...

buat masa sekarang xde ape sangat yang boleh aku setelkan pon.. so tunggu raya puasa je la baru start... haha

Friday, September 3, 2010

just nak share..

salam n hye...

info ni tak tahu la baru lagi ke dah lame. tp just nak share sebab ari ni ade opismate ckp pasal restoran yg tak halal. aku just copy paste balik jer info nih...

 JAKIM & STATUS HALAL


Tolong sebarluaskan kepada rakan-rakan Muslim yang lain sebab ini urusan agama kita.

Berikut adalah beberapa maklum balas dari JAKIM tentang status halal-haram restoran dan makanan :-

1. Restoran berikut telah mendapat pengesahan halal JAKIM :

1) McDonald

2) A&W

3) Secret Recipe

Restoran berikut telah ditarik sijil pengesahan halal JAKIM kerana gagal mematuhi syarat dan piawaian halal :

1) Victoria Station

2) Kam Lun Ta

3) Lotus Family Restoran

Restoran berikut tidak pernah mendapat pengesahan halal JAKIM :

1) San Francisco Steakhouse

2) Chicken Rice Shop

3) Kiwi Express

Bagi minuman ringan keluaran syarikat F&N seperti Coke dan 100 plus telah mendapat pengesahan halal JAKIM .

Bagi kuih bulan dan kuih bakul yang telah mendapat pengesahan halal JAKIM adalah halal sebagai contoh yang dikeluarkan oleh syarikat KG Pastry atau Noraini's Cookies dan lain-lain yang ada menggunakan logo halal JAKIM kecuali kuih bulan dari Kam Lun Tai kerana telah ditarik balik pengesahan halalnya disebabkan berlaku perlanggaran syarat dan peraturan halal yang ditetapkan.

2. Ayam segar yang dibungkuskan atas nama Farmbest adalah dikeluarkan oleh Syarikat Sin Mah Sdn Bhd, syarikat ini telah mendapat pengesahan halal JAKIM .

3. Tentang mewarnakan rambut dari segi hukum syarak terbagi kepada :

i. Harus mewarnakan rambut dengan warna selain hitam. Warna hitam hanya harus bagi yang berpenyakit sahaja.

ii. Makruh mewarnakan rambut bagi orang muda.

iii. Haram mewarnakan rambut bagi orang yang terlalu tua.

iv. Haram mewarnakan rambut tanpa tujuan.

v. Harus mewarnakan rambut dengan izin suami.

Dari segi bahan pewarna rambut yang ada di pasaran terbahagi kepada 2 jenis, yang mana kedua-duanya adalah halal dari segi bahan kandungan. Yang menjadi persolan adakah pewarna tersebut telap air atau tidak ?

Pewarna rambut yang di pasaran biasanya akan tertulis pada kotak PERMANENT DYE atau SEMI PERMANENT DYE . Mengikut kajian jenis yang Semi-Permanent Dye adalah jenis yang tidak telap air dan ianya tidak boleh dipakai oleh orang Islam. Begitu juga sebaliknya. JAKIM sendiri tidak pernah mengeluarkan sijil halal untuk produk pewarna rambut kerana ia dikilangkan di luar negara. Untuk pengetahuan, JAKIM hanya akan keluarkan sijil halal untuk produk yang diproses di Malaysia sahaja .

4. Sehingga kini pengeluar makanan supplement dan produk makanan kesihatan yang telah berdaftar dengan JAKIM adalah syarikat Upha. Kebanyakan makanan supplement dari syarikat Upha telah mendapat pengesahan halal JAKIM dan telah dipastikan soft gel untuk kapsul yang digunakan adalah halal, bagi produk jenama Blackmores, Solaray, Seven Seas, 21 Century tidak pernah mendapat pengesahan halal JAKIM, kerana itu tidak dapat dipastikan kapsul yang digunakan itu walau pun didakwa bersumberkan lembu tetapi tidak diketahui sama ada lembu itu disembelih atau tidak.

Produk yang tidak mendapat pengesahan halal ini adalah kerana itu adalah produk import, maka pengedar dan pengeluar bertanggungjawab mendapatkan pengesahan halal dari badan Islam di negara asal produk tersebut diimport.

5. Restoran Dome dan seluruh rangkaiannya tidak pernah mendapat pengesahan halal JAKIM, maka kerana itu tidak dapat dipastikan status kehalalan makanan dan minuman yang disediakan di restoran ini.

6. Soalan: Saya ingin tahu samada semua stall di food court Suria KLCC halal kerana tiada papan tanda yang membezakan gerai yang halal dengan yang tidak halal. Saya juga ingin tahu samada semua restoran di Suria KLCC menghidangkan makanan yang halal (walaupun ada yang menjual arak ): Madam Kwan's, Spring Garden, Rain Nudle House, Bukhara, Chillis, California PIzza, Kelantan Delights, Chakri's Palace, Rotiboy Bakeshoppe, Auntie Anne's Pretzels, Cinnabon, Al-Marjan , Bong Sen (Vietnamese) , Chinoz On the Park, Dome Café, Genki Sushi, Gloria Jean's Coffees, House of Sudanese Food, San Francisco Steak House/Santini.

Jawapan: Gerai-gerai makan di Medan Selera di KLCC tidak ada yang mendapat pengesahan halal JAKIM termasuklah juga semua restoran yang disenaraikan itu.

7. Baker's Cottage telah mendapat pengesahan halal dari JAIS ( Jabatan Agama Islam Selangor ), La Boheme tidak dapat dipastikan status halal kerana tidak pernah mendapat pengesahan halal JAKIM. King's Confectionery telah mendapat pengesahan halal JAKIM, Status makanan yang disediakan di Giant dan Tesco ada sebahagiannya yang telah mendapat pengesahan halal JAKIM, manakala Jusco hendaklah merujuk kepada logo halal yang digunakan pada pembungkusan produk kerana Jusco tidak pernah mendapat pengesahan halal JAKIM secara khusus.

8. Kedai Bread Talk & Bread Story tidak pernah mendapat pengesahan halal JAKIM .

9. Sehingga kini JAKIM tidak pernah memberi pengesahan halal ke atas Restoran Burger King, maka dengan itu tidak dapat dipastikan status kehalalan produk yang dijual.

10. Pernyataan mencampurkan minyak **** untuk pembuatan sausage ayam, fish ball dan lain-lain adalah tidak benar bagi produk terbabit yang telah mendapat pengesahan halal JAKIM. Bagi produk Ramli Burger dan Ayamas, memang telah mendapat pengesahan halal JAKIM dan kedua-dua syarikat ini sentiasa mematuhi peraturan halal JAKIM.

11. Coffee Bean telah mendapat pengesahan halal JAKIM dan telah dipastikan semua bahan yang digunakan adalah halal tetapi Starbuck memang tidak pernah memohon pengesahan halal JAKIM, maka tidak dapat dipastikan kehalalan bahan atau produk di tempat tersebut.



Regards,

Rokiah Bt Mohamad Salleh



Your Preferred Partner In Nutraceutical Excellence

p/s : dengar kata T.G.I fridays kene serbu dgn jakim kot coz ade gunekan arak dalam dorg punye menu buffet ramadan... naseb baik aku xpernah makan dekat situ. lega.....



SELAMAT HARI RAYA
MAAF ZAHIR & BATIN

Saturday, July 17, 2010

3% lagik ke???

Tengahari tadi, tengah aku golek2 berborak dengan mak aku thru phone, mesej J masok bersama-sama mesej Xaem. Adik ipar xaem belom bersalin lagik. J pulak tanye nak teman die g tinted x. of coz aku nak memandangkan tiap2 weken mmg aku mati kutu dok umah sorang2. Aku rase macam nak tinted jugak kete aku. and aku perlu menabung untuk itu.









Oh ye, ari nih 17hb. Setiap 17hb PTPTN akan chargekan kos pentadbiran. Makanya aku pon check la bulan ni aku kena bape. RM21.40. sebelum nih RM28.13. hanya berkurang sebanyak Rm6.73 jer???!!!!







Aku xpaham…bilenye yg akan di chargekan 1%??? coz aku kire nih dorg stil charge 3%. Bukan ke if kite bayar lebih dari amaun terkumpul yg sepatutnya kite bayar, kite akan otomatik di charge 1% kos pentadbiran tu???







Ade sape-sape tau x macam nak kire nih?? Sebab aku kire mmg xpenahnye nak betol kos pentadbiran nih. Opismate aku pon kire die punye xpenah nk betol..heran camne org ptptn kire.



aku jugak xpaham...

bukan ke kite akan di cas setelah 6 bulan tamat belajar?? which suppose june or july la kan. tp aku tengok may aku dah start kene cas dah.







(Balance pinjaman x 3% ) /12 = kos pentadbiran bulanan







Memandangkan aku tengok kos pentadbiran yg x luak mane pon, makanya aku malas dah nak bayar segedebuk banyak2. Bayangkan laa….







pinjam : RM12, 250



dah bayar (26 jun): RM450 je baru



kos pentadbiran : rm28.13



Baki : RM 12, 203.82.. < --- macam aku baru bayar rm46.18 je.. yg lain tu kos semata2.xpela.mmg nak byr sekaligus pon (niat je la~~ xjadik kenyataan lagik).



Bayar lagi (15 julai): RM xxxx.00



Kos pentadbiran (17 julai) : rm21.40



Baki terkini : RM 9,225.22







Dengan harapan kos tu dari rm28.13 (3%) jadik la rm10.17 (1%). Makanya memang tinggal harapan je la. hahaha :P

Saturday, May 29, 2010

38% punya pasal

uwaaaa!!!!!!!!!!!!!!!!!!! Hari nih sudah Friday 28th.


Let’s do the math...



Aku ade dua BIG weddings next June.



.: AIN & WAN :.

Next Saturday??

05.06.10 - Only 7 days left!!



.: MY SISTER :.

And the next Saturday??

12.06.10 - 14 days left!!



I really need to get my shape back. Pagi tadi nak g keje, mengalami kesukaran nak menyarungkan jeans aku. serius xpenah sampai macam tu skali keadaanya. So yesterday, went to ‘somewhere’ with a friend. Actually at first I only want to make an appointment for my friend who will get marry next weekend. But then I’m the one who involved with those machine-things.



Even it’s quite expensive.



Someone : Membazir jer.simpan la duit tu… (saya xnak kamu ade 'kwn pompuan' yg gemok ok!)



ok.Tapi puas hati la. Baru try skali jer. Balik minum air banyak2. Untuk singkirkan lemak-lemak tu thru air kencing. Da x rasa ketat macam sebelum nih bila pakai seluar petang tadi. Hihi :P



Nih yang rasa berkobar-kobar mahu diet, buat sit-up & jaga makan nih.



Apekah faktor yg menyebabkan lelemak aku terkumpul di bahagian2 yang sangat common ini iaitu peha, perut & lengan??





Faktor kerja : asyik dudok jer ngadap computer.

Faktor makan : soft-drink (even sgt-sgt jarang), snacks (juga sgt jarang), salty food (da makan luar of coz ler garam). Coffee?? no, thanks.aku x ambik coffee.


image from enche Google...


Faktor lain : aku TIDAK EXERCISE pon!!!


image from enche Google...



maka HASILnya???
lihat gambar di bawah.


. image from enche Google..
ini ok lagi nih..cube tengok yg bawah plak.


. image from enche Google..
saiz gambo kecik.sila abaikan kualiti gambo yg terok itu.


dengan keadaan gambo di atas ape perasaan agak2nye?
ARGHHH!!!!!


*peratusan lemak aku adalah 38% yer pembaca2 sekalian*

Dengan ketinggian 153cm & tulang yg beso, berat aku suppose 46kg ajer.

Diulangi…. 46kg.
dah tersasar dah nih.




Memang wajib jaga makan dah sekarang.



Aunty : makan banyak-banyak nanti baju raya xmuat. Dah hantar tailor dah ni kain. *ayat nak kata aku dah melebar secara mendadak*



Sekarang kian mempunyai perangai seperti kaum perempuan asli. *aku je paham*










***nota kecik:
opismate lelaki kate " pompuan memang cukop marah kalau kite kate diorang GEMOK "

(T____T)

Sunday, March 7, 2010

new interest...

Since aku sering dilanda kebosanan nih aku try pupuk interest baru. bukannye interest yg luarbiasa pon. tapi bagi aku agak luar biasa la jugak sebab aku nih mmg jenis yg payah nk melekat dgn buku.

makanya sekarang duit gaji aku akan diberikan kat kedai buku MPH or All Day.

Juan cakap "Habis duit beli buku xpe. jangan dok shopping bukan2 sudah".

MPH tu aku beli buku yg ilmiah skit. kat All Day aku lebih suka beli magazine yg juga berilmiah. tapi lebih kepada life akan datang la macam Pa&Ma dengan interior design. da plan siap2 da nanti umah aku nk deco macamane. tp kena tengok saiz rumah jugak la yer.

oh ya, nak tahu buku apa yg aku sedang baca sekarang?? tengok aje la kat bawah nih.


Biografi Muhammad bin Abdullah.
Baru bace separuh. Best. :)


101 Petua Murah rezeki & Jauhi Hutang.
Baru aje dapat. Kena booking dari MPH coz kat Summit tade stock.



Menyangkal Kiamat 2012.
Baru aje beli jumaat lepas. MPH buat sale.


Menjalin Hubungan Bahagia.
da lama beli. xsure dah habis bace ke belom.hehe :D


Memasuki Gerbang Perkahwinan.
xbeli. dapat masa g kursus pre-wed 2minggu lepas. lom habis bace lagik.


Pa&Ma edisi Mac.
xsempat nak khatam ler bulan nih punyer. banyak sangat.
mase g servis kete aritu Juan sempat belek buku pasal pregnancy kat atas meja ruang menunggu. (^_^) 


Buku Wang Saku 2010.
ini aku xbace. even aku bukan budak skolah aku beli sbb nk bt financial management.


aku ada satu lg buku pasal financial. aku tinggal kat opis. bagus buku tu. nnt aku snap gmbar ya... chawwww

Sunday, January 31, 2010

anak angkat hai anak angkat...



smlm aku jmpe something. hmmm da beso da pun budak tu. then aku terjumpe lagik. uishh... mak angkat die... sakan berparti. kiss sane,kiss sini. org baru kawen. tp yg die kiss tu bkn husband die. even just kiss pipi la kan..nmpk mcm semacam jer. ditambah lagik dgn botol2 a.r.a.k yg kelihatan di atas table itu. tatau la die minum ke x kan. n husband yg baru die kawen tu pon ade je kt situ. pakai baju xberbutang kt atas. geli lak aku nengok. haha. pelik. xkan marah kot wife baru kiss org lain.


 
anyway budak kecik yg da beso tu ekceli anak angkat sorg minah nih. minah nih bela die dr die baby lagik. skrg rasenye da masok skolah da pon budak tu. tp aku rase mcm kesian lak kt budak2 yg org ambik jd anak angkat suma nih. if paren yg ambik tu akhlak elok tu xpela bg aku. tp if ambik then biar aje fmly minah nih jage baik xpayah ambik. tmbh2 lg bila minah nih slalu sgt aku tgk die g clubbing la, sosial terlebey la. time die bersosial tu budak ni die letak kat ne? biar org lain jage ke?kesian kot kat budak kecik tu. mcmn nnt ms depan die??if acuan pon x elok. mcm naya je pon ade.

klu minah dimaksudkan : wife baru ahli parlimen k.i.n.a.b.a.t.a.n.g.a.n



 
satu lagi.. nape bila time kawen dulu sibuk nk ambik anak angkat. tp bile da divorce,hntr budak tu blk kg,suh mak dorg lak jage. xke mebebankn org tua tu plak nk kn jage budak tu. n kesian kt budak tu mcm dicampak-campak aje bila paren angkat da xdok sebumbung.


 
klu org dimaksudkan : ahli 'tamparan wanita'.baru2 ni kn pukol dgn bf baru


 

aku lebih suka dgn psgn yg ambik anak angkat then even ade anak sndiri pon still lyn sama rata btween ank angkt & anak sndiri. itu mmg aku tabik r. sbb mmg susah sbb of coz kt akn secara sedar or xsdr lyn ank kandung lg lebih dr ank angkt. :)



 
aku jua sgt kagum dgn ketabahan psgn yg da bertahun2 kawen tp masih blm ade rezeki dpt anak. tmbh2 yg da kawen lbh dr 8thn. coz aku tahu msti tekanan bile org tnye itu ini. of coz org cop kite or partner kt ni m.a.n.d.u.l kan. lebih truk if sesetengah mertua suh laki kite kawen lain jer. adehhh sahih terguris giler perasaan bini die. huhu  papepon itu rezeki. rezeki kt tgn Allah. mgkin die xbg kite anak lg sbb kite lom bersedia untuk jd paren yg baik or mebi sbb kite terlalu bz dgn hdp kite. so,bykkkn bersabar. ada reason tu nape xde rezeki lg. :)



 
da 9 keluaran Pa&Ma da aku kumpol. means da 8 bulan aku kt sini. oh, byknye selok-belok bab parenting nih. aku beli bukan sbb aku gedik nk kawen or anak. juz aku lebih suka bace benda yg pd aku 'boleh pakai' nnt. i wont buy something dat give me nothing. if bosan sgt pegi search news psl hbrn dkt web jer.


 

next, aku akan create another blog for parenting. hahaha kawan2 aku pon da ramai yg baru kawen nih. kot2 le nnt berguna untuk dorg kan. aku leh copy info ape yg aku jmpe je la. nk share pnglmn aku mmg aku xde pnglmn la kan. hehe



 
ok, to those yg rase nk ambik ank angkt tu pikir byk2 kali dulu. if korg kompem dpt jg dorg dgn baik then teruskan la. tp kn pikir jgk ape kmgknn yg mebi leh blaku dlm hidop korg nnt k.jgn abaikan anak itu. sekian,wassalam. :)






Sunday, January 17, 2010

jejak kasehan

location  : dpn pc. ngadap semangkok megi yg mkn xabeh.tade selera.
date         : 17 Jan 2010
time         : 9.22am
mood       : bosan spnjg zmn



hari-hari aku kol mak aku.
sehari kdg2 berkali-kali.
mak aku pon da tau aku kol sbb aku boring.
lately kredit byk habis kol member2.
rindu dorg.
rindu zaman dok serumah dulu.
even dulu ada jgk gado2, stended la manusia.
tp dorg stil d best.


semalam aku bosan yg teramat.
aku bukak fb.
aku terjumpa balik sorg budak nih.
pikir2 balik lucu la zaman baru2 msuk utem dulu.
hari pendaftaran da jumpe sorg yg leh aku jadikan bhn untuk di usha.
tp tu dulu la.
stended la cuci mata tgk mamat2 ensem.
bf pon xde lg time tu.


skrg ni ape aku nk bt dgn life aku pon aku tatau.
nk quit keje smbg blajo ker?
blajo masak la.
tuko bidang skit da tu yg aku minat pon.
xsuke aku bnde2 teori it sgala natang nih.


berat lak kpale aku skrg.
nak sambung g golek2 dlm bilik yg panas & cerah ditembusi sinaran pagi ni.




aku tau entry aku asik psl bosan je. dah tu mmg aku bosan. nk kuar tkot duit habeh lak nnt. nk tgk tv mls la nk ngadap screen. nk surf tenet pon tatau nk surf natang apa. main game?? aku xsuka main game. sekian









Saturday, January 16, 2010

aku sekarang...

bosan...semakin bosan dengan dunia blog.
semakin bosan untuk surf d net.
aku bosan..
layout yg yg sama berkurun lamanya..
nak tuko malas.
bosan..
ape yg aku rajin??
bace majalah Pa&Ma.
itu aku sangat rajin.
aku bosan.
sekian.




-gmbo google dr enche google-

Friday, January 1, 2010

we're on danger!!!


 sedikit info pasal makanan.*malas nk intro panjang2..mungkin korg pon da tau..aku juz nk share kpda sesape yg blom tau lgik. so sile bace klu rajen....mekacih*


“Berwaspadalah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu. Dia telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara-perkara besar, maka berjaga-jagalah supaya kamu tidak mengikutnya dalam perkara-perkara kecil."


Antara 'barangan mereka' (jew) yang telah dijadikan ikutan oleh kebanyakan dari kita.

1. Kita diajar dalam buku biologi, buku pemakanan (kajian dan terbitan para kafir ni) bahawa kalau nak dapat vitamin B dan kalau nak tambah darah kita kena makan hati haiwan dan hati ayam. tetapi sebenarnya Nabi kita tidak menggalakkan pemakanan organ dalaman. Nak ikut kafir ke nak ikut nabi kita? Sebenarnya makan hati ayam dapat melembabkan otak kita sbb hati merupakan organ dimana semua toksin akan dikumpulkan dan dineutralkan. so kepekatan toksin adalah tinggi di hati ayam. makanlah kita toksin tersebut serta bengaplah otak kita umat Islam sebab percaya buku sains keluaran kafir ini.

*ini mmg kite tau la kan...organ dalaman mmg x elok untuk kite even dlm buku tulis yg sebaliknye*
  

2. Kita diajar dalam sains bahawa kopi tidak bagus untuk kesihatan. Namun sebenarnya kopi adalah antara minuman kegemaran Nabi kita selain susu dan madu. Cuba tengok Yahudi, mereka minum kopi, Starbuck. Profesor di UK yang Yahudi semua ada segelas kopi dit tangan mereka.

*Nescafe ckp kopi mengandungi anti-oksida.itu yg nescafe ckp la..tp aku mmg xleh dgn kopi.bau pon da mampu bt aku gastrik*



3. Kita diajar memakan kambing tinggi kolesterol, namun kambing juga adalah makanan Nabi kita. Seolah-olah buku sains ni nak merendahkan pemakanan Nabi kita. Sebenarnya daging kambing adalah daging paling kurang kolesterol.

*hmm...btol. tp aku xlalu nk mkn kambing :D *


4. Kita diajar bahawa makan McDonalds adalah bagus, namun sebenarnya McDonalds adalah makanan yang sangat tinggi MSG dan kolesterolnya dan paling banyak lemak tepu trans.

*mcD mmg kite tau x elok pon. da ade org mati pon dok melantak mcD je.tp dah dok ade hepi meals la itu la, ini la yg bg hadiah free dah tu mcValue lunch yg lebey murah lak tu, tu yg ramai pegi tu. aku sejak setahun nih mmg xlalu nk mkn fastfood.sbb terpakse je*

5. Para kafir ni juga menggalakkan kita minum dan makan makanan yang langsung tak berkhasiat, contohnya coke dan maggi. Coke tu sangatlah beracun, pastu sangat tidak bagus untuk kesihatan (gula tinggi, berasid, pH dalam lingkungan 3.5, ada racun tersembunyi). Dan para Melayu kita juga yang ketagih minum.

*asal meal set aje msti air gas, klu nk tuko air kn tmbh duit.xbes pon air gas tu.zmn skolah dulu bley la layan 24/7*

6. Untuk pengetahuan, para kafir agen dajjal ni gak mengwar-warkan kebaikan minum soya (sebab USA merupakan pengeluar soya terbesar), namun sebenarnya soya dapat melemahkan kejantanan lelaki dan mengurangkan kesuburan lelaki dan perempuan. selain itu juga soya dapat meningkatkan risiko kanser payudara, kanser ovari, kanser prostat, serta melemahkan otak dan tulang sbb dalam soya ada hormon estrogen yang sama dgn estrogen kat wanita. pastu soya ada phytic acd yang membuatkan penyerapan kalsium, magnesium dan zinc yang penting untuk badan kita terjejas.

*kt tempat keje aku(Summit) ade the soya shop. aku rajen gak dok belek2 pamphlet die tu..die ckp soya is good for health, cegah breast cancer, prostat ape ntah ngan ape2 lagik ntah..tatau la btol ke x tu*

Secara kesimpulannya para kafir agen dajal ni bukan setakat melemahkan kita dari segi lain namun secara pemakanan kita jua.

Firman Allah:

Wahai sekalian manusia! Makanlah dari apa yang ada di bumi yang halal lagi baik dan janganlah kamu ikut jejak langkah Syaitan kerana sesungguhnya Syaitan itu ialah musuh yang terang nyata bagi kamu.


(Al-Baqarah, 168)



Dan makanlah dari rezeki yang telah diberikan Allah kepada kamu, iaitu yang halal lagi baik dan bertakwalah kepada Allah yang kepadaNya sahaja kamu beriman.


(Al-Maidah, 88)


Oleh itu, makanlah (wahai orang-orang yang beriman) dari apa yang telah dikurniakan Allah kepada kamu dari benda-benda yang halal lagi baik dan bersyukurlah akan nikmat Allah, jika benar kamu hanya menyembahNya semata-mata.


(an-Nahlu, 114)


oh ya!! aku ade beli buku terbitan consumer association kot..pasal susu lembu.. tatau la btol ke x. tp lepas aku bace tros aku yg gila fanatik dgn susu nih jadik krg mnum susu... huhu susu kambing adalah bagos untuk kesihatan yer.. nabi suke minum susu kambing. :)


*ade banyak lagi aku nak share..tp aku start dgn yg pendek2 dulu... kang nnt korg cemuih nk bace . tata


HEPI NEW  YEAR (^_^)


Sunday, November 15, 2009

kepada seseorang...


ari nih Nov 15th. 1986 yg dulu lahirnya la sorg budak pompuan kt penang... hospital apa aku pon tatau.
tot-tet-tot-tet la nih dah besaq dah. skolah menengah mengaji skali. form 5 dok satu kelaih.dok dpn aku ja budak nih. tp xckp sgt.aku kan xbergaul dgn org sgt time skolah. jakun pon ada skit2. hihi

masa aku masuk utem...tgh2 dlm paksaan kn bersenam kot pagi tu, aku nmpk sorg budak nih.. mcm kenai. aku pon tegoq. budak tu buat muka pelik ja tgk aku. *ok..ok..aku da gemok gila compared dgn zmn form5 ok.puas ati??* tot-tet-tot-tet dia kenai aku lg. haha

mai sem 6 or zmn dok bizi PSM, budak nih masuk umah aku or lebih spesifik lagi bilik aku menggantikan nora yg stay asrama blk. maka bertambah la satu lg status : roomate. tot-tet-tot-tet bdk ni la yg aku slalu dok jolok2 katil dia *aku katil bwh-dia katil atas* b4 nk tidoq. saja mengacau. boring2 p kedai dpn masjid..lepak2..mmg port bdk umah aku melepak smpai 2-3 pagi kdg2. aku rasa org tu pon dah tau mmg kami nih klu gelak mmg mak aihhhhhhh... *siyes rindu time tu*

tot-tet-tot-tet dah hbs study..time dok tnm anggur kt umah tu dok kontek budak ni ja la. kdg2 kuar skali. p umah watib. budak nih suka makan. obses gak kot dgn makanan. tp xdak la obses tahap cipan. tp dia comei wo0o0o...  budak nih suka sgt-amat-sungguh kata dia gemok. hang xdak gemok mana aih. chubby skit ja. sedap pelok apa. kuruih sgt nnt tercucuk tulang pulak. :P

tot-tet-tot-tet taraaaa!!! *entah apa2 aku nih.jln cerita xbes lgsg aku karang.nih tanda aku ngantok r nih :P *

HEPI BESDAY

Uih
@
Jahhh
@
Fairuz
@
mama Uih
@
Tazzy




(^_^)

p/s: tot-tet-tot-tet : maknanya panjang sgt cerita tp malaih nk karang.

12212012

semalam baru tgk 2012. xfeel sgt sbb sistem audio yg kureng menyengat mungkin. ditambah dgn kepala org depan yg tinggi.. haish...

citer tu best la jugak.lebih best if tgk yg 3D. dok plak tmpt tengah2.. *tu la gedik sgt nk dok blkg skali.padan muke*.

citer gunung berapi meletus, giant tsunami, earthquake, habes laa suma tenggelam, mati habeh. sape nak naik kapal yg ala2 bahtera nabi Nuh dlm citer tu kn bayar 1billion euro untuk satu tiket. gile mahal. sah2 la billionaire n politician terhebat je bley naik kan. org kebanyakkan nih jgn harap ler. spesis binatang serba sepasang sume kn angkut masuk dlm kapal tu. kapal tu ade 3 bijik sume nye. padan muke si Yuri tu. nyampah i tgk anak2 die yg gemok tu. Yuri last skali mati jgk. si pompuan simpanan die *yg xde la simpan sgt pon* plak yg dpt curi2 nek kapal tu.tp mati lemas jgk akhirnya. anjing die selamat plak. Gordon mati. huhu *tingat scene kaki kn mesin escalator dlm final D.seriau i*

korang tgk la sendiri mcmn mat saleh bt citer pasal kiamat nih.

haa...time part credits tu, rupanya jejaka yg bisa buat aku kagum or feel yg nyanyi lagu tu.. ahaha saper?? of coz le ADAM LAMBERT!!! *ok.aku mmg agak fanatik-tak-fanatik-sangat sama adam lambert nih* ngehh :P

feel beb..klu bab2 adam lambert nih. even mamat sebelah aku kt opis naik nyampah tgk aku excited terlebih tiap2 kali ade org bukak lagu si Adam Lambert nih. peduli ape aku die tu gay ke ape..klu gay pon xde kn mengena dgn aku. xkan la sbb gay aku xleh dgr lagu die kot. da la power suara mat saleh nih :P


TIME FOR MIRACLES by Adam ku sayang~~~






seorang penonton


seorang lagik penonton



Monday, November 2, 2009

rezeki di mana-mana...perlu cari dengan~~~

previous post aku ade sentuh pasal ke-cuak-an aku pasal sales debit dgn e-debit. ahaha ari nih dah terjawab. 1st aku tanya kt opismate aku. 2nd org maybank tu da reply emel aku. ngehehehe ekceli same je dua2 mende tu. tempek la sikit ape org bank tu reply...


The signature based transaction is accepted by merchants displaying the Visa Logo while merchants displaying the Bankard logo recognize PIN based transactions only. Thus, in an event the payment was made via the Visa Terminal, then only the signature was required.


On the other hand, while Sale Debit describes signature based transactions, E-Debit indicates PIN based transactions. No additional charges are imposed for either type of payments.

ok,setel pasal tu. aku da xperlu risau lagi. satu lagik info pasal perbankan.

perkara kedua yg jugak ade disentuh in previous post.. pasal RM10 yg di scan RM16. tadi mase ngambik plastik dr wardrobe untuk diletakkan dlm bakul sampah or plastik sampah la sng.. tibenye dok kibas2 n masukkan dlm tongsampah td ternampak lak kertas hijau. ingat resit ke mende la. tarrraaaaaaaaaa!!! rupe-rupenye RM5. ahahahaha sebab tu la aku kata rezeki di mane2. syukur Alhamdulillah. kerugian 2 ari lepas, tup2 ari nih terjumpa lak 5rgt. even juz 5rgt. rezeki tu. *best jgk kdg2 bile duit terselit di mane2 nih* :P


hari nih agak suram. ramai yg cuti, MC. hari pon hujan. xde mood. makan kt kafe bawah je ari nih. terjumpa lak dgn senior ku merangkap classmate abg angkatku merangkap juga org SP merangkap juga org yg tlg pinjamkan keta untuk pindah dr rumah kedai ke pangsapuri. aku buat2 sibuk xnmpk die queue nk byr blkg aku. tup2 xleh nk lari lak bile die naik lif yg sm n tgk aku. nak xnk aku pon sengih n tegur la...

"Hai abg mie..."

*ntah nape aku segan sgt bile jmpe die. ish, hensem sgt kot.baik.sopan-santun.bertuah sape2 dpt berlaki-kan die.chewahhh promote nih*





Saturday, October 31, 2009

oren juice krg manis

baru 5 ari dapat gaji... gaji da byk gile berkurang... da tinggal less than half. mmg kn jimat giler dari saat ini. no more joli2 katak, makan mahal2, beli kat orang tu, beli kat orang ni...

td n smlm metrojaya buat sale kat summit. total hari ni n smlm =RM222.54. ape aku beli???

photo album - 15.90
frame sgala bagai saiz 8bijik- 114.66
juan punye - 16
aku punye brg - 60++
benda2 merapu ??

sampai kat cashier aku xpuas ati. bnda 10hengget dia scan 16rgt. aku argue.

aku : kak..ni 10 rgt. *sambil tgk screen n tunjuk tag harga baju*

cashier : x. ini yg lingerie ini. yg 10rgt ni kat atas2 td.xleh nk tgk balik dah *kunun sbb da scan byk2 brg da so harga tu da terenjak ke atas.*

aku : ye ke?? *muke xcaye*. ok. *sbb aku tgk logik jgk 16rgt tu mgkn lingerie tu kot*

aku : bayar pkai debit-card leh kan. *xckop 30rgt nk byar pkai cash*

cashier : boleh.maybank.

aku : ok. *sambil hulur maybankard*

*tgh tunggu...*
*tunggu lagik*
*die hulur resit.suh aku sign. uik. nape xde mintak aku key in PIN no pon??*
*ok. aku baru skali penah gn debit-card.sebolehnya xnk guna.tp da cash xckop.lgpon tolak amount dlm akaun aku jgk.bkn berhutang mcm kredit card kan.paren aku menegah ahli keluarganya pakai kredit card.*


tibenye aku tgk kt resit tu MBB visa. uik??? nape bkn MBB e-debit??
ermm... pelik nih.

aku : akak...byr td debit card kan.

cashier : ye.

*aku mmg cuak klu benda nmpk lain dr yg lain aku penah alami.sgt cuak bnda2 melibatkan pengaliran wang nih.dibuatnye kang kn extra charge ke ape ke. xmo aku.*

blk cek online. xtau sblm nih baki bape.da buang lak receipt bank ms last transaction ari tu. *padan muka*. ke-tidak-sedap-ati-takot-terguna-or-berhutang-dgn-bank dah membuatkan aku mengarang pertanyaan ke maybank customer service. berjela-jela hah. well...klu tatau kn la bertanya kan. mmg jakun bab2 nih pon. mungkin debit sale dgn e-debit tu same kot.entah.mane aku tau.

so dua benda aku xpuas ati masa shopping td. then haus, g minum jap kt thai.

aku : oren juice krg manis satu.

setelah beberapa ketika....

air smpai.
minum.
sahih org td xphm or xreti ambik order.
air manis gila. haish.

tgk balik resit td.manade item rm10. mmg sah die kire bnda tu yg suppose rm10 sbgai rm16. rugi 6rgt. hmm...xde rezeki. semoga rezeki dtg kot lain lak nnt. aminn...

sedikit sebanyak rosak hari sabtu ku minggu ini.

(T_T)

Friday, October 30, 2009

Listen....

last nite...
cavin tibenye tegur di ym. tanye sape nyanyi listen. tibenye... bla..bla..bla.. dia bagi video suh tengok. a korean guy sang a song. Listen by Beyonce.

*if nak yg korean punye korg carik sendirik* awesome!! giler best. i likeeeeeeeeeee :D


then share2 lagu dgn cavin. bersama share interest n kekaguman type suara mcmn yg best. he gave me a link. suh download. a chinese song. best betol bile ade org yg same2 share minat yg same nih. *he's a handsome chinese guy*. sgt jarang kot ada kwn2 se-melayu aku yg layan lagu mandarin/kantonis nih. so dgn sape lg aku nk share kan if xlain xbkn dgn org kaum itu sndiri. Jesse jugak share lagu dgn aku. bagi aku lagu2 mandarin sgt sedap didengari. usah ditanya la... aku mmg sgt suka/kagum/gedik sama Wang Lee Hom.

zaman matrik aku update r jugak dgn lagu2 cine. carta lagu melayu xpyh tnya la, mmg aku x ambik port kot.
terdetik nak polish balik communicate n tulis cine. tgk la if ade mase nnt. ermm.. aku xsuke sgt lagu yg merapu2. aku dgr lagu xbased on lyric or jalan cerita lagu tu. but based on d way singer tu nyanyi n keikhlasan dia nyanyi. menusuk kedalam ati kalbu kelabu gitu. feeeeel....


cukop la merapik. thanx to cavin. nanti share lgik k. sharing is caring (^_^)

Thursday, October 29, 2009

kenapa begitu??

ermm.. malam ini sepi..hujan..sejok..
hmm...k,sekadar luahan or per-tanya-an hati. kenapa begitu??kenapa begini??jangan ambik ati.

orang..
macam-macam jenis..
ade yg diam..secretive..
ade yg byk cakap..expressive..
ade jugak yg style show-off..
ade jugak yg perasan cun/cute/encem*jarang2*/hebat..
ade jugak yg style nk btau die je yg betul,org lain semua salah..

.
.
.
.
dalam byk2 jenis org di atas..


yg pendiam..
~~ org xkesah sgt..*biar laa.xkaco hidop org lain.*


yg byk cakap/expressive..
~~ tgh emo xstabil.period. *org laki slalu ckp pompuan 24jam emo.then salahkan period.da mmg btol pon sbb period.laki emo tgk bola xpe lak*
~~ if tgh hepi mgkn akan byk ckp..or mebi coz da lame xjmpe


yg style show-off..
~~xbley blah. mcm die sorg je mampu g mkn tmpt mhl2 then kondem plak mknn tmpt lain seolah-olah tmpt lain tu xde stended, menjijikan. *respek mknn bley x??*
~~show-off seperti die la yg plg up-to-date dgn gadget sgala natang nih. *padahal org lain xambik port pon ko pkai brg yg latest ke canggih ke ape.sume tu dtg n pegi je.*
~~die je yg ade bf/gf. hidop die je tgh bhgia.sume nk citer.hepi,cdey,gado etc. *ini xmo komen lebih2*


yg perasan cute/encem/hebat etc..
~~membuat aksi2 yg difikirkan 'Aku lah yg Paling Chumil', 'Aku sgt Cool', 'Everybody Likes Me','Aku HOT! ramai guy/aweks berebut-rebut nak kan aku'... *sgt kasihan jugak kadang2 bila ditengok.xpela...bagi peluang untuk perasan sendiri.*


jenis yg last skali tu...
~~org yg slalu assume diri sendiri je btol.org lain semua salah. jarang2 kot ade org yg assume diri sendirik slalu salah. ye la, bajet ape yg dibuat semua betul. erkk.. ape aku taip nih. point aku... jangan slalu menuding jari pada org lain. if ada org yg tegur salah kite, jgn terus blame org tu if mmg dah betol slh kite. try pikir dari side si penegur. setiap org ada reason die yg tersendiri. tp kalau dah mmg punca itu adalah dr diri kite sndiri, sikap kite sndiri yg xleh accept pndgn org lain, cara kite bekerja pon xbagos then baiki la kelemahan itu.



p/s: aku juga manusia yg xlari dr kesalahan. mgkin aku jua tergolong dlm golongan di atas tanpa aku sedar. pandangan org lain terhadap aku?? mmg aku xtahu. itu pandangan aku melalui pemerhatian aku. sbgai tambahan dlm kamus hidop aku.maaf andai tersinggung. semoga berbahagia anda sekalian. amin.... (^_^)