Thursday, February 19, 2009

...masalah..masalah...

entry ilmiah...tetibe rase nk bt entry nih.

Aku : mak.sbb sakit jntung apa?
Mak: salur drh tsumbat. mkn xreti2 nk kntrol. bla..bla...
Aku : stress bkn sbb jgk ka?
Mak : stress pon sbb jgk.
Aku : mcmn lak?yg org tau skt jntg nih arteri org tu sempit.sbb xjaga
mkn. klu org tu jg mkn tp bila stress kn jgk skt jntg mcmn lak?
Salur darah dia tsumbat ka?tp dia jg mkn.
Mak : dia bukan sbb tu ja. Bila stress,drh tu dia pam laju.sbb tu la akn rasa sakit dada. Bla..bla..
Aku : owh.. ingtkn sbb pmknn ja.


Saje2 terasa nk tnya mak aku. Then, aku pon search la tenet tok tau lbh lnjut.



Pakar Perunding Gastroenterologi dan Ketua Jabatan Perubatan Hospital
Putrajaya, Datuk Dr. Ahmad Shukri Md. Salleh menjelaskan, serangan jantung biasanya menyebabkan kesakitan pada bahagian kiri atau tengah dada tetapi kadangkala boleh berlaku pada bahagian kanan dada juga.


“Rasa sakit ini seperti dada ditindih (ditekan), berat atau dibelit (sempit), dan boleh merebak dari dada ke leher, rahang atau lengan kiri.


“Selain itu, rasa sakit akibat serangan jantung turut dikaitkan dengan simptom lain seperti berpeluh, rasa mual, sesak nafas dan rasa berdebar-debar (palpitation),” jelas beliau. Kata beliau, rasa sakit ini juga datang dan pergi dan cuma bertahan untuk beberapa saat atau beberapa minit sahaja, serta dapat dikurangkan dengan berehat.


Tambahnya, serangan jantung juga dikaitkan dengan aktiviti fizikal berat seperti senaman terlalu kuat, mengangkat barang yang berat atau naik banyak anak tangga. Jika stres ditambah dengan perasaan marah yang membuak-buak, terdapat juga kemungkinan serangan jantung berlaku secara mendadak.


Seseorang yang mengalami tekanan perasaan akan menyebabkan denyutan jantungnya semakin meningkat dan sekali gus menyebabkan tekanan darahnya turut meningkat.




so...tu la serba sikit pasal skt jntg. untuk sape2 yg mudah stress tu,handle la bebaik so that dpt krgkn risiko anda mdapat skt jantung.. hehe :P


No comments: