Wednesday, April 1, 2009

...nasihat la elok-elok...



kepada para wanita yg juga merupakan sahabat2 ku & juga kpda si pencinta wanita.aku copy balik dr buku yg baru aku beli 2 ari lepas.



Wanita sinonim dgn sikap emosional & suka ikut perasaan *biasalah bila signal period datang*. Lantaran itulah, para suami perlu bersabar ketika menghadapi kerenah & sikap isteri.


Sabda Rasulullah SAW yg bermaksud :

“nasihatilah wanita dgn baik. Sesungguhnya mereka diciptakan dari tulang rusuk dan bahagian paling bengkok dari tulang rusuk adalah bahagian atasnya. Seandainya kamu meluruskannya bererti kamu mematahkannya dan seandainya
kamu biarkn maka ia akan terus membengkok. Maka, nasihatilah wanita dgn baik.”


-hadis riwayat al-Bukhari



Hadis ini menegaskan agar setiap suami menasihati isteri dgn cara yg penuh hikmah & lmh lembut. Jangan sesekali terburu-buru menggunakan kekerasan kerana ia bukan sahaja tidak mampu menyelesaikan permasalahan malah akan memburukkn lagi keadaan.


Suami juga perlu bijak mencari masa paling baik untuk menasihati isterinya. Sesuai dgn status sbg ketua keluarga, kesabaran yg tinggi jg diperlukan untuk membina peribadi isteri & anak2. tidak dinafikan, ada sikap negative didalam diri isteri. Sikap negative ini tidak boleh dijadikan alasan untuk suami meninggalkn isteri atau mencari pengganti/menambah cwgn. Sebaliknya suami perlu berusaha dgn sabar & bersungguh2 mengubah sikap negatif kpda sikap positif.





p/s: word suami or isteri tu leh digantikan dgn bf/gf . bagaimanapon ia bergantung kpda tahap kesesuaian.


2 comments:

razifmustapha said...

ada gak betulnya, kekerasan memang bukan selalu menjadi solutions terbaek

a piece of my daily life said...

tau xpe. pompuan nih die kn pujok elok2. klu lyn kasar nnt lgik nk memberontak. marah2,hangin2. tu la salah satu sbb nape bley gadoh terok or bercerai.

p/s : jgn gn kekerasan ye kt buah ati masing2. :)